La Tahzan Innallaha Ma'ana

Assalamualaikum

Hari ini Tya cuma nak share something dengan korang semua la. I dont know why lately Tya rasa lain je. I dont know how to describe it and i  find this ayat yang Tya baca dari novel. And here we go. Tya share dengan korang semua. Yang mana selalu berputus asa tu, yang mana selalu bersedihan dan yang mana selalu letak harapan yang pasrah tu, bacalah ni. 


Dunia tempat berpenat lelah. Tempat iman kita diuji kerana ujian itulah yang membezakan darjat setiap umat-Nya. Sedarlah kita, sayang. Allah sedang menguji kita. Allah sedang rindu kita sujud kepadanya. Dan sayang, selalu ingat dalam hatimu, ujian Allah uitu adalah kerana Allah sayangkan kita.

Firman Allah dalam surah al-Baqarah, ayat 286 : 

Allah tidak membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (mereka berdoa) : “ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami apa yang tidak sanggup kami menanggungnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.

Itu janji Allah, sayang. Ujian yang diturunkan kerana kita kuat menghadapinya. Maka berdoalah kepada kepada Allah kerana Dia adalah sebaik-baik penolong.

                                                                                                                                                    
Bersedih itu satu lumrah. Tapi carilah cara untuk menangani sedih itu. Mintalah pertolongan daripada Allah. Lapangkan dada. Semoga Allah mengampunkan dosa kita. Tya sendiri masih banyak kekurangan diri dan belum layak menasihati orang. Tapi menegur orang adalah tugas Tya sebagai seorang muslim.

Move on sayangku. The sadness was just a chapter in the past. But don’t close the book. Just turn the page.

Last but no least, Tya sarankan  if you can take al-Quran and read surah 94 (Surah Asy-Syarh). Renungilah maksudnya. Semoga kamu semua mendapat ketenangan. Semoga Allah melapangkan dada kita semua.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

1.       Bukanlah kami telah melapangkan dadamu (Muhammad)?
2.       Dan kami pun telah menurunkan beban daripadamu
3.       Yang memberatkan tanggunganmu
4.       Dan kami tinggikan sebutan (nama)mu bagimu
5.       Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan
6.       Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan
7.       Maka apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain).

8.       Dan kepadanya juga kita memohon ampun 
k
**maksud ini Tya amik sikit je. Yang selebihnya korang boleh baca di tafsir al-Quran 

Salam Sayang,

Tya Fadzil



Popular posts from this blog

Mencari Sayang Di Dalam Benci